I always have this one problem : nak update blog tapi otak blank tak tau nak taip pasal apa.



And to help me cari idea, selalunya blogwalking la. Pergi jenguk blogger-blogger hebat, baca entry dia. Tapi satu masalah bila dah start blogwalking ni is tak tau bila nak berhenti. Lepas satu blog, pindah ke satu blog, lepas tu pergi blog lain pulak. Dah tu bila jumpa blog yang fun to read mula lah stuck kat situ lama, jadi stalker terhebat sampai kalau boleh semua older post dia i nak baca. Over kan.

Lepas tu, dah rasa tak semangat nak continue niat nak publish new entry sebab dah hilang confident bila baca draft post sendiri yang macam sampah, tak hebat langsung bila nak dibandingkan dengan hape yang aku dah baca bila ber-blogwalking tu..



Masalah lagi.


Sampai bila nak selesai ni??


Last-last jalan terbaik, biarkan blog ni sepi for few days/weeks/months. Bila dah jumpa semangat baru, masa excited, masa bosan, masa rasa macam nak buat luahan perasaan (macam sekarang ni) hah masa tu lah baru sambung blog balik.


Memang tabik la dengan orang yang selalu update blog daily tu, dengan segala random post awak.



Susah.



Bagi saya lah.