4/21/2015

Budget Bajet Trip to Langkawi



Dah tekad cerita ni harus settle within this month sebab kalau delay lagi lama kompem 100% tak habis cover everything mainly sebab memori kapasiti yang rendah. Tapi macam susah je. Ah asalkan habis cerita dalam tahun yang sama kira okay la kan.









First, kenapa langkawi? Ntah dorang yang suggest kita terima je. Pergi mana-mana pun tak kesah asalkan bercuti. Lagi suka pantai sebab kalau visit benda lain or shopping usually kena keluarkan duit (enterance fees la belanja ikut nafsu la). Masuk public beach free je buat la hape kau suka kat situ lulz lupa pasal water sports available. Then telan air liur, air laut mandi kat pantai je mampu. Student kan mesti la berkira sikit lol i have too much to buy with secoet money. Lepas tu ada hati pulak nak pergi bercuti.  Gian nak cuti weh rasanya macam first time cuti dengan kawan haha. Last time jejak langkawi kalau tak silap, tahun 2008.



Start plan around bulan alamak lupa bulan berapa tu yang penting masa matta fair. Konon amik pakej langkawi kat matta fair 3h2m RM299 je for accommodation+breakfast, island hopping and untuk 2 orang. Sebab kitorang bertiga alaa tambah sikit je la ingatnya.

Kononnya bayar deposit RM50, pakej tu valid dalam setahun hah dah ingat dalam bulan 7 rasanya. Sekali contact the given contact person, boleh pulak kakak tu buat drama the agency dah takde so the pakej dah tak valid lets amik pakej baru dengan akak. If you were me nak percaya lagi ke benda tu semua??

Memang dah tak nak percaya la the travel agency buat sendiri semua lagi bagus. (padahal ayah ada syarikat travel hahaha irony) Kerna terpaksa aku relakan la RM50 tu burnnnn. Cis tu lah nak jimat konon.


Benda pertama yang paling penting is bila nak pergi?? Sebab weolls ni ada kekangan duit mesti lah benda nak murah je. Peak season memang awal-awal dah tolak tepi. Gila kau price can go up till dua kali ganda.






Kalau nak untung naik Air Asia ni mesti la pandai beli time dia tengah buat promotion. Kau tunggu je biasanya sebulan or dua bulan sekali mesti ada dia annouce promotion. Tu pasal la kena beli tiket setengah tahun awal jadi tak jadi belakang kira. RM78 returns kl - langkawi perghh gila hape nak lepaskan the deal just like that. Memang terus book time-time tu jugak. Dah sama dah dengan harga tiket bas return kl - kuala perlis .


Next after settle flight ticket mestilah place to stay. Yang ni kitorang cari seminggu dua before pergi. Dengan bantuan google sepenuhnya habis jugak la few days nak cari hotel dekat dengan tempat makan, kawasan strategik and paling penting MURAH.


Finally lepas bincang semalaman we decided pilih hotel kat area Kuah. Tu pun lepas penat google, baca review, buat comparison, debat bla bla bla ni baru tiga kepala punya pendapat pergh.


No. 1, Jalan Pandak Mayah 7
07000 Kuah, Langkawi
Kedah Darul Aman, Malaysia


Location memang betul-betul kat pekan kuah. We choose bilik paling basic that cost us RM85/night. So tiga malam patutnya cost us RM255. Turn out the hotel policy only allowed 2 person per room. Takleh lebih. And we so pandai terang-terang 3 orang tercegat depan receptionist tu nak mintak one room. Actually most budget hotel camtu policy dia it's all business people. Habis lagi sorang nak campak mana?! The receptionist said oh takpe takyah amik extra bed bagai (the bilik pun memang tak allocate extra bed haha) just need to tambah RM20/person je. Okay we go with that option lagipun dah malam penat dalam kepala tau nak settle down cepat dalam bilik je. Dalam hati cis kalau tau sorang je pegi check in tadi. So total lepas tambah tolak bahagi darab accommodation untuk 3 malam is RM105/person.










all picture ambil from hotel website as my own picture is not really suitable to be posted here hahaha

Overall hotel ni memang okay for those yang cari tempat tinggal yang murah but still taraf hotel ada aircond, tv, hair dryer, toiletries, free wifi and all benda basic. Kat common area ada iron and water dispenser. Haa memang semua benda basic yang patut ada kat hotel disediakan lah. Kalau nak shopping kat bawah ada azio duty free shop. Nak lebih pilihan kau jalan kaki sikit je dah banyak kedai kiri kanan kan dia kat pekan.






Then our transport. Kitorang sewa kereta myvi cari from goggle ada contact lengkap. Kalau nak ambil kereta from airport pun boleh banyak je kaunter bukak sampai malam. Pandai-pandai la tawar for best price. Ni bukan saya yang urus so tak berapa sure. All i know is it cost us RM140+ (extra charge hantar few hours lambat) untuk dua hari. Dapat kereta pagi selasa hantar balik petang khamis. Then isi minyak RM40. Sebenarnya boleh je jimat and use less than RM30 tapi we bijak main sesat-sesat tour pusing satu langkawi guna ntah jalan apa so opkos it cost us pfffft mana ada yang free dalam dunia ni even sesat. Transportation kat sana kalau tak silap la around ±RM70/person







Saya allocate only RM500 for this trip include flight ticket. Never allow myself to go beyond the budget. Apa nak jadi, jadilah. Nak buat apa pun, buatlah. Yang penting segalanya stay dalam bajet yang ada. If you want to go budget backpack style rasanya RM300 for 3 days 2 night dah cukup sangat.


More break down budget for makan and activities kitorang buat kat sana lain kali la eh. Ni dah lama sangat asyik dok kat draft je.


nahh teaser haha



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger