1/17/2016

Trip to Langkawi - Intinery



Hohohoi setelah sekian lamaaaaaaaa..

Setahun

Sebenarnya beribu kali rasa nak give up siapkan entry ni tapi ntah kenapa tak sanggup nak tekan button delete tu. Kalau tinggal draft mesti rasa semacam tak syok ah so here we go




Ni itinery breakdown segala apa yang saya buat sepanjang kat sana. Nah part1 yang tak seberapa hikhoks


26 Januari 2015



Seperti biasa kita janji pukul 3 tapi sampai kl sentral pukul 4 hehe. Terus la naik bas pergi KLIA2. Macam wow kejap tengok KLIA2 baru first time kan naik pesawat kat situ. Dalam kepala just pikir mati la kalau lambat semua benda jauh kot. Dari pintu masuk turun bas nak pegi kaunter check-in pun ambil masa lebih 5 minit jalan. Settle check-in semua decide to cari makan since ada lebih kurang less than an hour before boarding.





Punya la excited tepat pukul 6.45pm dah sampai kat gate eh belum bukak lagi. Okay chill la g toilet dulu. Then back to the gate, cantik dah bukak yeayy dah nak berlepas.




Tunggu punya tunggu dah 7.15pm pesawat tak muncul-muncul. Then tetiba ada announcement flight to langkawi mengalami kelewatan blablabla. Haha padan muka niat nak cepat la sampai sebab memasing penat berjaga yesterday night konon excited.







Touch down langkawi terus masuk convinient store cari maggie buat bekalan time darurat. Spend about RM10 for jajan. Then we took taxi pergi kuah where our hotel located. Lepas settle down kat bilik semua it's time to cari makan. Penat tapi mana boleh nak tidur dengan perut lapar. Time sampai tadi nampak ada kedai makan tak jauh kat depan hotel so yeah dapat makan nasi. Habis la jugak RM7 for makan malam.







27 Januari 2015


We started our day lambat sebab nak tunggu kereta sampai pukul 11am. Sok sek sok sek pukul 1230pm jugak la baru reti keluar bilik and start our journey. Haha ni last lain kali tak buat dah. So first destination? Dah sampai pulau mesti la kena tengok laut dulu kan. Ambil angin kat pantai jap then cari makan! Paling penting.










Off to pantai cenang la jalan-jalan kat sana sambil cari lunch.





Last2 we decide to pergi makan kat jalan airport. Makanan kat kedai sepanjang jalan kat situ dah murah sedap pulak. Murah and sedap memang aim kami yang budget concern ni so basically till right before nak balik kl, if kitorang lalu dekat2 mesti singgah makan kat sini je.

Lepas kenyang makan, off to cable car!




Kalau pergi langkawi kan wajib la naik cable car. Sejak July 2014 dah ada SkyDome before naik SkyCab tu. SkyDome ni cam 3D movie, screen dia ada effect berpusing-pusing kot memang boleh buat orang sensitive pening.






Waktu ni SkyBridge still under maintainace. Maybe now dah lagi lawa la kan SkyBridge tu dah bukak. Harga exact ticket dah lupa hoi lama sangat, catit memana pun tak. Tapi kitorang ambil combo package sekali dengan 6D Cinemotion ha tang tu syok. Around RM30-RM35 kot. Time kitorang tengok 6D tu takde orang. Kakak yang jaga tu cam kesian kot tengok reaction budak jakun terlebih excited ni eh dapat la layan benda tu dua kali.


Lepas penat habiskan masa kat gunung mat cincang tu, turun singgah dataran lang. Malam dah by the time sampai situ. Oh actually original plan nak singgah kat Beras Terbakar but being us yang fail bab time management ni tempat tu dah sunyi dah masa kitorang sampai nak dekat maghrib tu, Kedai sekeliling pun dah tutup. Lupa tempat kat sini yang active time malam mostly pantai cenang and bandar kuah je.



Datang sini beside nak snap picture buat kenangan, nak tengok package island hopping. Kat jeti tu kan ada banyak je kaunter jual ticket island hopping. Kitorang ambil package basic yang bagi helang makan, beras basah and tasik dayang bunting tu pagi la harga pun lupa sudah lama sangat ya ampun. Yang penting dia jemput hantar from hotel ke jeti kuah tu rasanya most island hopping package kat situ harga and package lebih kurang sama saje.


28 Januari 2015


Bangun lambat! Janji orang tu jemput kat hotel pukul 7.30, kitorang bangun pukul 7.15 hahahaha pe lagi zap zup zasss bersiap yang penting je. Nasib baik tak kena tinggal. The van driver singgah our hotel first actually, tapi tengok takde orang he went to pick up others dulu then last baru datang balik pick us up.

Basic island hopping package ada bagi helang malan, singgah beras basah and tasik dayang bunting. Unfortunately, according to abang yang bawak bot, at that time air surut kat pulau beras basah. Kan tujuan pergi sana nak mandi laut but cemana nak mandi kalau air laut surut. Atas persetujuan semua orang dalam bot tu we end up tak singgah pulau beras basah but pergi mandi laut dekat pulau kosong ntah mana nasib baik air cantik jernih nearby dayang bunting tu.






Balik dari island hopping rehat kejap then bersiap cari lunch and jalan keliling pulau. We end up habiskan masa tengok sunset kat pantai tanjung rhu (at first lupa nama pantai but thank god ada record video berguna jugak).















29 Januari 2015


Last day dah. Misi hari ini adalah borong coklat! Not really borong la kan ke budget traveller mana boleh spend on benda tak berapa penting but memang rugi sangat la kalau tak beli langsung coklat kalau dah sampai langkawi.

Flight petang around alamak dah lupa hahaha tu la kau cerita tahun lepas peram lama sangat habis lupa segala details. Pagi-pagi terus check out and singgah telaga air panas. Lepas tu baru proceed to shopping cenderahati kat area pekan kuah.







dah jom balik!

till next #tripjantunghati

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger