2/08/2017

Weekend Gateaway : Penang


Berapa bulan dah perap tak siap-siap pft. Finally here.




Baru balik from the trip with my girls last last last last last week. Okay tipu. Lama dah sebenarnya. Awal bulan 10 to be exact. Pretty sure all of us had fun and enjoy ourselves to the fullest before the reality kicks in. Kini dah kembali depan laptop uruskan segala urusan surat-menyurat yang belum sudah, trying to stabilize myself in between kerja and personal life.




This is our very first trip together. Kenal dari zaman hingusan, selebet, immature and now masing-masing dah settle with degree and moving to a new phase of life. Nowadays kan rasa reachable je dengan group chat rupanya baru perasan yang the last time all of us together were in the same place together was three years ago. Susah nak cari common time as all of us busy dengan commitment masing-masing. Since two of us dah start working, weekend is the only common free time we had.

Lepas tu berlagak taknak book tiket bas awal-awal sekali malam jumaat tu kalut bas semua dah penuh sebab long weekend awal muharram. So we started late, sabtu petang baru sampai penang dalam kelaparan. Mula-mula we planned to take bus as our major transportation mode tapi bila kau dah berempat memang lagi jimat kalau guna uber/grabcar. Kalau sendiri or berdua yes bas lagi murah but bila dah berempat tambang uber/grabcar tu bila bahagi 4 boleh jadi lagi murah dari tambang bas.

We chose to stay at batu ferringhi for the first night and semalam lagi kat georgetown. But since sampai batu ferringhi pun dah dekat pukul 6pm tak dapat la nak buat any aktiviti laut. Lepas maghrib baru keluar cari makan and masing-masing kebuluran tahap tinggi. Decided to pergi try Mady Char Kuey Teow since it was placed at a quite high rate kalau google makanan sedap di batu ferringhi. Unfortunately malam tu malam minggu. Dia warong kecil je dengan seorang tukang masak. We barely got a seat, kena tunggu a while to order, lepas tu tunggu lagi untuk makanan sampai.




Oh that was really really a bad choice. All of us yang kelaparan ni ada high expectation in this dish tapi yang sampai hm menghampakan..

Let just say that this small portion of noodles can't fully satisfied our stomach. Pergi la McD untuk sambung isi perut. Then have a little shopping along the night market.




Esoknya pagi-pagi lepas breakfast and check out, singgah taman negara kejap. Ingat nak try the canopy walk there unfortunately it is closed for maintenance. So just lepak kejap tepi-tepi laut tu jelah since we are not up for jungle trekking. Cuaca hari tu boleh tahan panas. Then off to georgetown. Sok sek sok sek dah tengah hari gak sampai sana. Terus check in hotel, tinggal beg settle down kejap then off to cari makan.







Misi asal nak serang Deen Maju yang dikatakan ada nasi kandar sedap gila tu sekali baru perasan hari ahad dia tutup. Apa lagi kecewa gila dah la lapar. Esoknya pun tutup sebab public holiday. Hahaha memang tak ada rezeki la kali ni. Off to another kedai nasi kandar yang direkomen oleh abang grabcar yang terpaksa melayan kitorang suggest kedai nasi kandar lain yang sedap, Malangnya tak sesedap yang disangka. Mungkin taste abang tu pelik sikit completely different with us.




Then off to Straits Quay dengan niat nak shopping kejap sambil cuci mata tapi tak beli apa pun. Petang tu pergi padang kota for 3D Trick Art Museum and have the famous pasembur there for dinner.





Lepas tu dah malam naik bas balik georgetown singgah 1st avenue mall and had karaoke session. By the time keluar dari situ dah pukul 1 pagi and super tired. Jalan kaki balik hotel nasib baik dekat je. Habis dah sehari.

The next day, bangun pagi terus siap-siap check out. Our plan is of course street art hunting. Lepas tinggal beg kat reception terus merayau. Transportation mode for today is basikal. Banyak je tempat rent basikal everywhere. RM10 untuk sehari suntuk guna la sampai lebam. Yang penting cari basikal yang elok sikit sebab keselesaan tu penting. We were so lazy to search around so decided to settle with the first kedai sewa basikal yang kitorang nampak dekat dengan street art motor. Aunty tu kasi peta kawasan tarikan pelancong and all. Okay la tapi basikal tak berapa cantik and seat keras seksa punggung seharian.

Oh pagi tu breakfast roti canai transfer road yang famous tu. Lepas tu lunch teow chew cendol then singgah beli jeruk untuk as survenior. Sempat jugak la masuk upside down museum. Time tu dah hujan rintik-rintik we were like alamak cemana ni nasib baik kejap gila lepas tu weather okay balik.


Pukul 5 nak pulang balik basikal sebab flight lepas maghrib around 8 camtu. Malas nak lambat takut jalan jem je apa ke kan sekali datang balik kedai Aunty tu dia boleh pulak pergi tutup kedai sebab pekerja dia tiba-tiba cuti. I left my bag inside mana boleh tinggal basikal and pergi begitu sahaja. Dah drama depan kedai tunggu dia datang balik.









Lastly nak balik dah tapi flight delay pulak. Sampai rumah pukul 12 malam and esoknya tersengguk-sengguk dalam office.


Sekian,
Till next #empatmusafir




8 comments:

  1. Bestnya pergi Penang! Siqah nak juga berbasikal di Penang. Hehe. Cam best je :D

    ReplyDelete
  2. hehe yezza patut try, best tau sesekali berbasikal in the city :D

    ReplyDelete
  3. Best jugak ea Penang..
    Tak pernah lagi jenjalan kat Penang. huhuhu

    ReplyDelete
  4. penang banyak jugak tempat menarik to visit or nak jalan2 cari makan pun best

    ReplyDelete
  5. i love penang and i love all the yummy food!

    XX Atheera / http://atheeradayana.com XX

    ReplyDelete
  6. yes yes rasa nak pergi lagi sebab hari tu tak puas jalan2 cari makan :D

    ReplyDelete
  7. Teringat zaman belajar bila tgk nisa & kawan2 jalan..
    Meriah sesekali dapat keluar dgn kwn2..
    Seronok tengok..😊

    ReplyDelete
  8. hehehe tu la curi masa sikit sebelum semua sibuk dengan komitmen masing-masing

    ReplyDelete

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger